Monday, October 4, 2010

Perubatan Jawi KHAS

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kasih sayang dan limpahan kurniaNya HPA telah berjaya mengumpulkan 100 org berkumpul sejak dari pagi hingga ke tengah malam.

Perubatan Jawi KHAS ini diperisikan dengan slot HIJAMAH yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Institut Teknologi HPA Indonesia, Dr. Zaidul Akhbar.. Seterusnya Slot PEMBETULAN TULANG BELAKANG yang disampaikan oleh Ir. Dr Tata Saputra juga dari Institut Teknologi HPA Indonesia dan pada sebelah petangnya diisi dengan praktikal PTB yang sangat mudah untuk difahami dengan membawakan model/penderita sebenar. Syukur, selepas beberapa gerakan yang mudah dan ekstrem derita yang ditanggung bertahun lamanya terlerai.. Kelegaan terpancar diwajahnya selepas diPTB.

Pada sebelah malamnya lebih menarik lagi dengan majlis dimulai dengan sentuhan Motivasi yang disampaikan oleh PJM Rosmandi Ishak yang bertindak sebagai MC pada majlis ini. Majlis dimulakan dengan penampilan Kumpulan Raihan dengan membawakan 2 buah nasyid. Slot INDAHNYA KEBERSAMAAN BERSAMA HPA adalah slot yang sangat memberikan motivasi dan semangat baru khasnya kepada semua yang hadir pada malam ini.. Ust. Fadlan dari IRIAN JAYA ( Nuu Waar ) menceritakan sejarah beliau berdakwah di sana sehinggalah pertemuan beliau dengan Tn. Hj. Ismail ( PU1 HPA ) sehingga terbinanya ukhwah di antara penduduk IRIAN JAYA dan HPA kerana hasil dari pertemuan itu, Tn Hj Ismail atas nama HPA telah menginfakkan sebuah kapal, 12 buah kubah Masjid, 1juta Naskah Al-Quran dan mengkhitankan 7500 org disana.. Majlis penuh emosi ini berlanjutan sehingga ke 11.30mlm.

Akhir kalam.. HPAic bakal memberikan satu titik baru dalam perjuangan kita memartabatkan produk Halal dan Tibbun Nabawi.. Semoga usaha kecil kita ini dihitung Allah sebagai satu ibadat..

No comments:

Post a Comment