Sunday, October 31, 2010

Pendaftaran Mega PBC KPS Ditutup

Assalammualaikum WBT.

Perhatian

Kepada AJK KPS, PJS-PJS, Pelapis PJS dan Pemimpin Kumpulan.

Tuan/Puan

Pendaftaran Mega PBC KPS Telah Ditutup

Perkara di atas adalah dirujuk.

Memandangkan pemohonan penyertaan melebihi kapasiti program, maka pihak Kelab telah menetapkan jumlah peserta hanya dibuka kepada 150 orang yang telah mendaftar dan membayar deposit.

Maka tuan/puan disarankan supaya menbayar deposit awal selewat-lewatnya pada 3hb November kepada Pemimpin tuan/puan.

Peserta 'walk-in' adalah ditegaskan tidak diterima. Ucapan MAAF adalah didahulukan.

Kerjasama pihak tuan/puan bagi memaklumkan kepada jaringan dan rangkaian supaya tidak membawa anak-anak kecik adalah sangat diperlukan dan diharapkan.

Sila berhubung dengan Setiausaha KPS untuk makluman dan maklumat.
PJS Alimah Sam 017-6915967

Sekian Terima Kasih

Kursus Pra Herbalis anjuran U-Herbs KPS

Perasmian Kursus Pra Herbalis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Presiden KPS PJS Siti Habibah Bt Yusof.
Pengerusi Majlis - Herbalis PJS Rahim b Muntawil merangkap Setiausaha U-Herbs KPS.

Slot pertama telah disampaikan oleh Herbalis PJ Azmely b Hj Yaakob merangkap Timbalan Setiausaha U-Herbs KPS dan Setiausaha Persatuan Herbalis SeMalaysia.Dengan Slot Kecekapan Diagnos dan Ketepatan Herba.

Slot seterusnya telah disampaikan oleh Al Fadhil Herbalis PJ Us. Abd Hadi b Mohd Isa selaku Ketua U-Herbs KPS dan Timbalan Presiden Persatuan Herbalis SeMalaysia. Beliau menyampaikan Slot Herbalogi dan Asas Perawatan Berasaskan Perubatan Jawi.

Para peserta berpeluang mempraktikkan kaedah perawatan akupuntur dan secara keseluruhan para peserta menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang perawatan dan bersemangat untuk hadir ke Kursus Pra Herbalis Siri 2 kelak.

Sekalung Tahniah dan ribuan terima kasih kepada urusetia kursus, para PJS, AJK KPS, Herbalis KPS dan Pelapis PJS KPS yang membantu dalam kelancaran kursus.

Tahniah kepada para peserta yang begitu bersemangat untuk mendalami ilmu perawatan dan semoga niat murni untuk memartabatkn Perubatan Jawi mendapat keizinan-Nya.







Saturday, October 30, 2010

Program Pra Herbalis KPS



Alhamdulillah, pada hari ini (31 oktober 2010) sedang berlangsung Program Pra Herbalis KPS yang bertempat di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang Johor. Seramai lebih kurang 250 peserta telah mendaftar sebagai peserta. Di luar jangkaan yang mana penyertaan awal hanya di buka untuk 130 orang peserta sahaja.

InsyaAllah, Program Pra Herbalis siri 2 akan di adakan kelak.

Perjumpaan Alumni Herbalis SeMalaysia

Pada hari ini ( 30hb Oktober 2010 ) bertempat di Menara HPAIC telah berlangsung julung-julung kali perjumpaan Herbalis SeMalaysia.

Pada perjumpaan ini, para herbalis dari semua zon telah berhimpun. Sekitar 80 orang Herbalis telah mendaftarkan diri. Program dimulai dengan bacaan Al-Mathurat di pimpin oleh Herbalis Sobri dari Unit Herbalis KPA. Seterusnya program diisi oleh Rektor Kolej Perubatan JAWI, Tn Hj Ismail Hj Ahmad ( PU 1 HPA ) dengan modul Kuliah Herba dan Diagnos Cara Mudah. Program seterusnya adalah penyerahan Insentif ke Bandung kepada 12 Herbalis KPA yang aktif melaksanakan program perawatan di Zon Tengah. Selepas rehat majlis penubuhan Jawatan Kuasa Herbalis Kebangsaan. JawatanKuasa dilantik seperti berikut :
Presiden : Herbalis Hj Ramly Ahmad ( KPA )
Timbalan Presiden : Herbalis Ust Hadi Mohd Isa ( KPS )
Setiausaha : Herbalis Azmely Hj Yaakob ( KPS )
Bendahari : Herbalis Azham Affif Ishak ( KPU )
Ahli Jawatan Kuasa, 5 wakil daripada :
Kelab Pemimpin Al-Wahida ( KPA )
Kelab Pemimpin Selatan ( KPS )
Kelab Pemimpin Utara ( KPU )
Kelab Pimpinan Timur ( KPT )
Kelab Pimpinan Borneo ( KPB ) - Hanya 1 wakil shj

Program seterusnya diisi dengan perkongsian pengalaman daripada Herbalis. Antaranya Herbalis Fauzani ( MC ), Herbalis Norhayati dan Herbalis Ust Radzi. program tamat sekitar 5 petang.

Majalah Edisi Khas HPA


Pelancaran Majalah Edisi Khas HPA – IKON dan Minyak Wangi AKHIL HAYY RAWA PADA 6HB OKT 2010 DI HPAic JAM 8.30 MALAM

Thursday, October 21, 2010

Produk Terkini Jelly Gamat

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

Gamat

  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

Sebatian bioaktif dari gamat

  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

Gamat HPA

  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi

Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.

Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 8

Sumber: http://kpa2u.blogspot.com/

Thursday, October 14, 2010

kunjungan Hormat bersama Duta Malaysia Ke Kemboja




14hb Okt 2010: Rombongan HPA yang diketuai Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad dan isteri serta diiringi, Wakil HPA Cambodia, Ust Muhamad Sulamain, GM Ust Adnan Fadzil, AGM Mohd Hafiz Ismail, PJS Azizan Ahmad, PJS Mohammad Aseri Hanafiah serta ahli HPA Cambodia, telah mengadakan kunjungan Hormat bersama Duta Malaysia Ke Kemboja, YB Datuk Pengiran Hj. Mohd Hussein Bin Datuk Pengiran Hj. Mohd Tahir Nasruddin di Pejabat Kedutaan.

Monday, October 11, 2010

PROGRAM DI HPAic OKTOBER 2010

13 OKTOBER 2010
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA JELLY GAMAT OLEH DR.ZAITON
9.00 MLM – 11.00 MLM

19 OKTOBER 2010
KURSUS : SATU AZAM SATU PERJUANGAN OLEH PJS HAFIDZAN FAUZI
10.00 PG – 12.00 TGHR

20 OKTOBER 2010
KULIAH KESEDARAN HALAL : PERANAN & REALITI MASA KINI
OLEH : USTAZ MOHD AMRI BIN ABDULLAH (JAKIM)
9.00 MLM – 11.30 MLM

23 OKTOBER 2010
KULIAH PERUBATAN JAWI OLEH TN.HAJI ISMAIL BIN AHMAD
9.00 MLM – 11.00 MLM

24 OKTOBER 2010
HARI PERAWATAN OLEH THJ ISMAIL AHMAD
9.00 PG – 12.00 TGHR

27 OKTOBER 2010
MESYUARAT ALK KOPERASI (KOWAHIDA)
9.00 PG – 5.00 PTG

28 OKTOBER 2010
BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA HPA
OLEH : GM AWM EN.MOHD FAISOL ABDUL RAHMAN
9.00 MLM – 11.00 MLM

30 OKTOBER 2010
ALUMNI HERBALIS HPA
9.00 PG – 5.00 PTG

TEMPAT : HPA INTERNATIONAL CENTRE ( HPAic )

LOT 1065 & 1066 PHASE 16, LAMAN SERI BUSINESS PARK 7,
PERSIARAN SUKAN, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM

MEGA PBC KPS

Salam Usahawan,
Kepada semua PJS, Pelapis PJS dan pengedar HPA
MEGA PBC anjuran KPS akan diadakan pada bulan November 2010.
TARIKH : 6 - 7 NOVEMBER 2010
TEMPAT : HOTEL SRI MALAYSIA AIR KEROH MELAKA
BAYARAN : RM 160
PENCERAMAH : TUAN HJ. ISMAIL B. AHMAD - PENGARAH URUSAN
EN. MOHD FAISOL B. ABD. RAHMAN - PENGURUS BESAR
USTAZ ZULKANAIN - AHLI PANEL SYARIAH
PENAMPILAN
ISTIMEWA : KUMPULAN RAIHAN
Syarat penyertaan:
1. Lelaki dan Wanita berumur 18 tahun ke atas
2. Berpakaian kemas
Lelaki - Baju berkolar/seluar slack dan bersepatu
Wanita - Berpakaian sopan dan menutup aurat
3. Kelengkapan solat
4.Sentiasa menjaga etika
5. Dilarang membawa anak kecil
Penyertaan adalah terhad kepada 150 orang peserta sahaja. Rebutlah peluang keemasan ini. Sila sahkan kehadiran anda kepada setiausaha KPS PJS Alimah bt. Sam - 017-6915967

Friday, October 8, 2010

Makluman KPJ

Tarikh Konvek Nasional

Info dari GM Alwahida Marketing Sdn Bhd.

Salam pada seluruh warga HPA seluruh Nusantara.
Berikut adalah info awal mengenai Milad Indonesia dan Konvek Nasional di Malaysia.

1. Milad Indonesia: Tanggal:16hb Jan 2011
Jam 0800 hingga 1600 waktu Indonesia Barat
Lokasi: Spot Mall, Kelapa Gading, Jakarta

2. Konvek Nasional: Tanggal: 5hb Feb 2011
Jam 0800 hingga 1600 waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Sehubungan dengan itu tuan dan puan adalah di minta untuk membuat persiapan awal bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Sekian. Wasallam.

Monday, October 4, 2010

Perubatan Jawi KHAS

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kasih sayang dan limpahan kurniaNya HPA telah berjaya mengumpulkan 100 org berkumpul sejak dari pagi hingga ke tengah malam.

Perubatan Jawi KHAS ini diperisikan dengan slot HIJAMAH yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Institut Teknologi HPA Indonesia, Dr. Zaidul Akhbar.. Seterusnya Slot PEMBETULAN TULANG BELAKANG yang disampaikan oleh Ir. Dr Tata Saputra juga dari Institut Teknologi HPA Indonesia dan pada sebelah petangnya diisi dengan praktikal PTB yang sangat mudah untuk difahami dengan membawakan model/penderita sebenar. Syukur, selepas beberapa gerakan yang mudah dan ekstrem derita yang ditanggung bertahun lamanya terlerai.. Kelegaan terpancar diwajahnya selepas diPTB.

Pada sebelah malamnya lebih menarik lagi dengan majlis dimulai dengan sentuhan Motivasi yang disampaikan oleh PJM Rosmandi Ishak yang bertindak sebagai MC pada majlis ini. Majlis dimulakan dengan penampilan Kumpulan Raihan dengan membawakan 2 buah nasyid. Slot INDAHNYA KEBERSAMAAN BERSAMA HPA adalah slot yang sangat memberikan motivasi dan semangat baru khasnya kepada semua yang hadir pada malam ini.. Ust. Fadlan dari IRIAN JAYA ( Nuu Waar ) menceritakan sejarah beliau berdakwah di sana sehinggalah pertemuan beliau dengan Tn. Hj. Ismail ( PU1 HPA ) sehingga terbinanya ukhwah di antara penduduk IRIAN JAYA dan HPA kerana hasil dari pertemuan itu, Tn Hj Ismail atas nama HPA telah menginfakkan sebuah kapal, 12 buah kubah Masjid, 1juta Naskah Al-Quran dan mengkhitankan 7500 org disana.. Majlis penuh emosi ini berlanjutan sehingga ke 11.30mlm.

Akhir kalam.. HPAic bakal memberikan satu titik baru dalam perjuangan kita memartabatkan produk Halal dan Tibbun Nabawi.. Semoga usaha kecil kita ini dihitung Allah sebagai satu ibadat..