Tuesday, June 7, 2011

Dr Blog Inilah Jalan Kami - PU HPA

kilang baru kopi radix.

Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.

Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali.

Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.

Dr Blog GM

Info Lanjutan PBC (Semenanjung Malaysia )

Salam
Berhubung dengan pandangan beberapa PJS mengenai pertimbangan PBC di lanjutkan hingga bulan Jun 2011, diatas alasan penginapan program yang sudah di tempah dan di bayar deposit serta wujud tindakan pengumpulan NM pengedar, maka HPA bersetuju untuk melanjutkan PBC hingga akhir Jun 2011. Namun demikian penganjur PBC di wajibkan mendapat kelulusan dari Presiden Kelab (KPA,KPU, KPT dan KPS) terlebih dulu supaya tidak ujud pertindihan program dengan ESP.
Sehubungan dengan itu, sila selesaikan masaalah pengumpulan NM. tempahan hotel dan apa apa yang berkaitan dengan PBC pada bulan Jun ini dan selepas ini PBC akan di mansuhkan dan di gantikan dengan ESP.

Sekian. Mohon perhatian.
Wasallam

INFO TERBARU MENGENAI PBC & ESP - GM AWM


Salam pada seluruh warga HPA Malaysia

Berikut adalah keputusan hasil mesyuarat antara Pengarah Urusan, GM, AGM Zon dan Pres Kelab KPA, KPT, KPU dan KPS.

1. Semua program PBC di hentikan bagi memberikan fokus kepada Real Business ESP. Namun demikian PBC di benarkan buat masa ini di wilayah Borneo kerana ESP belum dilaksanakan.

2. Semua peserta ESP yang ingin mencapai status PLX 20% ESP dikehendaki melakukan maintain 150 PV keatas mana mana produk di Pasar ESP. Kepada peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain pada hari ESP di pasar ESP, di bolehkan untuk melakukan maintain di mana mana cawangan HPA dalam tempoh 3 hari selepas ESP.(hanya di cawangan HPA sahaja).

3. Bagi peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain dalam tempoh seperti yang di sebut atas, peserta ESP masih lagi boleh melakukan maintain di mana mana BENGKEL ESP.

4. Semua peserta ESP adalah di sarankan supaya meneruskan program Bengkel dimana anda akan di perkenalkan dan di bimbing oleh para Mentor bagi tujuan pencapaian sukses selama 3 tahun.