Wednesday, June 30, 2010

Jadual KPJ Zon Selatan

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Al Wahida Marketing Sdn Bhd Zon Selatan akan menganjurkan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) bagi bulan Julai 2010 seperti butiran berikut:

1.Dewan Cawangan HPA Skudai,
No. 61, Jalan Pulai Utama 21, Taman Pulai Utama, 81110Skudai, Johor
09 Julai 2010
(Jumaat)
Herbalis Tuan Haji Zakaria bin Mohamad

2.Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang, Johor
(atas Radix Chicken House Kluang)
14 Julai 2010
(Rabu)
PJM Encik Morad bin Abu Bakar


3.Dewan Anchor Melaka Halal Hub, Serkam, Melaka
20 Julai 2010
(Selasa)
Ustaz Muhammad Bin Ibrahim


4.Dewan Cawangan HPA Nilai,
PT 4951, Jalan TS/1A Taman Semarak 2
71800 Nilai, Negeri Sembilan
30 Julai 2010
(Jumaat)
Herbalis Tuan Haji Ramly Bin Ahmad

Wednesday, June 23, 2010

PIC Bersama Tn Hj Ismail


Salam.... Jom Daftar......


Program Perkongsian Ilmu Cemerlang yang disampaikan oleh Th Hj Ismail Ahmad

Pada 17 & 18 Julai 2010

Bertempat di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang Johor Darul Takzim

Yuran : RM200.00

Terhad kepada 100 orang sahaja.


Bagi yang berminat boleh mendaftarkan nama dan bayaran di Cawangan terdekat. Tarikh tutup pada 9hb Julai.

Tuesday, June 22, 2010

KPJ NILAI, Herbalis Hj Zakaria Mohamad







Perasmian Melaka Halal Hub





Perasmian Melaka Halal Hub ( MHH ) oleh Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Hj Mohd Ali Rustam pada 21 hb Jun 2010 yang lalu.
Perasmian Melaka Halal Hub ini membuka banyak peluang perniagaan buat Usahawan-usahawan Melaka. HPA sebagai syarikat Anchor dilihat mampu memasarkan produk Melaka Halal Hub ini kerana mempunyai rangkaian pemasaran yang kukuh melalui lebih 15o cawangan dan 600000 ahli dibawah rangkaian Jualan Langsungnya menerusi Al-Wahida Marketing S/B.
Majlis Perasmian ini dihadiri oleh agensi kerajaan, orang awam dan ahli HPA sendiri. Kehadiran Para Pengurusan Tertinggi HPA, PJS, Pemimpin dan Ahli-ahli tanda sokongan dan berkongsi kegembiraan bersama kerana kejayaan Melaka Halal Hub ini.

Sunday, June 13, 2010

Pra PBC Senawang, Negeri Sembilan

Hari ini berlangsung program Pra PBC di HPA Halal Mart Senawang, Negeri Sembilan. Kehadiran Peserta kali ini adalah lebih kurang 15 orang sahaja. Namun ini bukan penyebab untuk tidak meneruskan program, Kita sedia maklum bahawa Pra PBC ini masih baru dan ramai yang masih perlu difahamkan mengenai program ini. Walau bagai mana pun Pra PBC Senawang tetap berjalan dengan lancar dan jayanya.
Antara modul yang dibentangkan adalah antaranya

  1. Kenali Syarikat -PJS Abdullah Abd Rahim ( Pak Lah )
  2. Isu Halal Haram - PJ Ust. Abd Razak Mohamed
  3. Plan Pemasaran - PJS Ahmad Shafik Mohamad
  4. Sinergi dan Set Herba - Herbalis Azmely Hj Yaakob
  5. Strategi Cemerlang - PJS Rugayah Md Zin.

Program tamat sekitar 5.00ptg. Dari maklumbalas peserta keseluruhan program adalah berkesan dimana keseluruhan pserta memahami apa yang telah dibentangkan.

Thursday, June 3, 2010

Kenyataan GM Al-wahida Marketing S/B

Salam semua warga HPA
Setelah meneliti lapuran beberapa Kelab dan dengan restu Tuan Pengarah Urusan, maka AWM telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab Pelapis PJS.
Sehubungan dengan ini KPA akan memulakan majlis perasmian seperti berikut;

LOKASI: HOTEL DEPALMA AMPANG
JAM: 8.00 PAGI HINGGA 2.00 petang
TARIKH: 17 JUN 2010.

Syarat menyertai adalah seperti berikut:
i. PENGARAH JATI DAN KEATAS YANG BELUM MENCAPAI STATUS PJS.
ii. MENCAPAI BONUS KESELURUHAN RM 1000 DAN KEATAS.

Syarat lain akan dikemaskini dari masa ke semasa.Mulai sekarang semua bakal PJS wajib menyertai Kelab ini terlebih dahulu.
Keistimewaan kelab ini adalah berpeluang menyertai latihan dan program khusus dari HQ.
Yang lain akan di bincangkan dari masa ke semasa.

Di minta semua KPA, KPU, KPT, KPS dan KPB sila rekrut bakal pemimpin anda segera. Adakan mesyuarat segera bagi tujuan tersebut.