Wednesday, December 15, 2010

Perjumpaan PJS dan PELAPIS seMALAYSIA





Bandar HPA Sungai Petani (15hb Dec 2010): Perjumpaan PJS dan Pelapis PJS bersama PU HPA dan GM AWM telah di adakan pada 15hb Dec 2010 pada pukul 2.00 petang – 5.30 petang di Dewan Omar Mukhtar, Sungai Petani Kedah.

Thursday, November 11, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia


Pada 11 hingga 14hb November Ekspo Belilah Barangan Malaysia berlangsung di PERSADA CONVENTION CENTRE.


U-HERBS JOHOR akan mengadakan sesi perawatan bersempena Ekspo ini di samping Jualan Produk HPA di Booth lot 101, Tingkat 1.


Semua ahli dijemput.

Wednesday, November 10, 2010

Takziah Kepada PJS Cikgu Nadzri


AL FATIHAH

Takziah kepada PJS Cikgu Nadzri dan PJS Noormah sekeluarga di atas pemergian anak mereka kembali kerahmatullah pagi tadi.

Muhammad Adi Aqwa bin Mohd Nadzri (30.6.1993-10.11.2010)
(Anak ke-9 PJS Hj Mohd Nadzri, Tikam Batu)

*Meninggal dunia - terlibat di dalam kemalangan
[Solat Jenazah di Masjid Barakah Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah
insyaAllah selepas solat Zohor 10.11.2010 / 3.12.1431 Rabu]

Saturday, November 6, 2010

Pelancaran Majalah Ikon dan prefume Akhil Hayy

Sabtu, 6hb Nov 2010: HPA telah melancarkan produk terbaru Akhil Hayy Perfume yang dilancarkan oleh Penyanyi Akhil Hayy dan GM Zon Tengah merangkap Setiausaha Panel Syariah HPA, Ust Ahmad Adnan Fadzil.

Antara pemimpin dan ahli yang hadir memberikan sokongan.

Kerjasama ini dilakukan dibawa program MIBF yang berperanan dalam membantu memasarkan produk keluaran IKS muslim kepada ahli-ahli HPA

MEGA PBC KPS

Program MEGA PBC anjuran Kelab Pemimpin Selatan telah dihadiri oleh seramai 172 orang termasuk seorang peserta istimewa.
Para Pemimpin KPS yang menjayakan program MEGA PBC kali pertama anjuran KPS.
Peserta yang sangat bersemangat dan ceria.
Peserta mendaftar....
Urusetia pendaftaran..

Sunday, October 31, 2010

Pendaftaran Mega PBC KPS Ditutup

Assalammualaikum WBT.

Perhatian

Kepada AJK KPS, PJS-PJS, Pelapis PJS dan Pemimpin Kumpulan.

Tuan/Puan

Pendaftaran Mega PBC KPS Telah Ditutup

Perkara di atas adalah dirujuk.

Memandangkan pemohonan penyertaan melebihi kapasiti program, maka pihak Kelab telah menetapkan jumlah peserta hanya dibuka kepada 150 orang yang telah mendaftar dan membayar deposit.

Maka tuan/puan disarankan supaya menbayar deposit awal selewat-lewatnya pada 3hb November kepada Pemimpin tuan/puan.

Peserta 'walk-in' adalah ditegaskan tidak diterima. Ucapan MAAF adalah didahulukan.

Kerjasama pihak tuan/puan bagi memaklumkan kepada jaringan dan rangkaian supaya tidak membawa anak-anak kecik adalah sangat diperlukan dan diharapkan.

Sila berhubung dengan Setiausaha KPS untuk makluman dan maklumat.
PJS Alimah Sam 017-6915967

Sekian Terima Kasih

Kursus Pra Herbalis anjuran U-Herbs KPS

Perasmian Kursus Pra Herbalis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Presiden KPS PJS Siti Habibah Bt Yusof.
Pengerusi Majlis - Herbalis PJS Rahim b Muntawil merangkap Setiausaha U-Herbs KPS.

Slot pertama telah disampaikan oleh Herbalis PJ Azmely b Hj Yaakob merangkap Timbalan Setiausaha U-Herbs KPS dan Setiausaha Persatuan Herbalis SeMalaysia.Dengan Slot Kecekapan Diagnos dan Ketepatan Herba.

Slot seterusnya telah disampaikan oleh Al Fadhil Herbalis PJ Us. Abd Hadi b Mohd Isa selaku Ketua U-Herbs KPS dan Timbalan Presiden Persatuan Herbalis SeMalaysia. Beliau menyampaikan Slot Herbalogi dan Asas Perawatan Berasaskan Perubatan Jawi.

Para peserta berpeluang mempraktikkan kaedah perawatan akupuntur dan secara keseluruhan para peserta menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang perawatan dan bersemangat untuk hadir ke Kursus Pra Herbalis Siri 2 kelak.

Sekalung Tahniah dan ribuan terima kasih kepada urusetia kursus, para PJS, AJK KPS, Herbalis KPS dan Pelapis PJS KPS yang membantu dalam kelancaran kursus.

Tahniah kepada para peserta yang begitu bersemangat untuk mendalami ilmu perawatan dan semoga niat murni untuk memartabatkn Perubatan Jawi mendapat keizinan-Nya.







Saturday, October 30, 2010

Program Pra Herbalis KPS



Alhamdulillah, pada hari ini (31 oktober 2010) sedang berlangsung Program Pra Herbalis KPS yang bertempat di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang Johor. Seramai lebih kurang 250 peserta telah mendaftar sebagai peserta. Di luar jangkaan yang mana penyertaan awal hanya di buka untuk 130 orang peserta sahaja.

InsyaAllah, Program Pra Herbalis siri 2 akan di adakan kelak.

Perjumpaan Alumni Herbalis SeMalaysia

Pada hari ini ( 30hb Oktober 2010 ) bertempat di Menara HPAIC telah berlangsung julung-julung kali perjumpaan Herbalis SeMalaysia.

Pada perjumpaan ini, para herbalis dari semua zon telah berhimpun. Sekitar 80 orang Herbalis telah mendaftarkan diri. Program dimulai dengan bacaan Al-Mathurat di pimpin oleh Herbalis Sobri dari Unit Herbalis KPA. Seterusnya program diisi oleh Rektor Kolej Perubatan JAWI, Tn Hj Ismail Hj Ahmad ( PU 1 HPA ) dengan modul Kuliah Herba dan Diagnos Cara Mudah. Program seterusnya adalah penyerahan Insentif ke Bandung kepada 12 Herbalis KPA yang aktif melaksanakan program perawatan di Zon Tengah. Selepas rehat majlis penubuhan Jawatan Kuasa Herbalis Kebangsaan. JawatanKuasa dilantik seperti berikut :
Presiden : Herbalis Hj Ramly Ahmad ( KPA )
Timbalan Presiden : Herbalis Ust Hadi Mohd Isa ( KPS )
Setiausaha : Herbalis Azmely Hj Yaakob ( KPS )
Bendahari : Herbalis Azham Affif Ishak ( KPU )
Ahli Jawatan Kuasa, 5 wakil daripada :
Kelab Pemimpin Al-Wahida ( KPA )
Kelab Pemimpin Selatan ( KPS )
Kelab Pemimpin Utara ( KPU )
Kelab Pimpinan Timur ( KPT )
Kelab Pimpinan Borneo ( KPB ) - Hanya 1 wakil shj

Program seterusnya diisi dengan perkongsian pengalaman daripada Herbalis. Antaranya Herbalis Fauzani ( MC ), Herbalis Norhayati dan Herbalis Ust Radzi. program tamat sekitar 5 petang.

Majalah Edisi Khas HPA


Pelancaran Majalah Edisi Khas HPA – IKON dan Minyak Wangi AKHIL HAYY RAWA PADA 6HB OKT 2010 DI HPAic JAM 8.30 MALAM

Thursday, October 21, 2010

Produk Terkini Jelly Gamat

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

Gamat

  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

Sebatian bioaktif dari gamat

  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

Gamat HPA

  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi

Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.

Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 8

Sumber: http://kpa2u.blogspot.com/

Thursday, October 14, 2010

kunjungan Hormat bersama Duta Malaysia Ke Kemboja




14hb Okt 2010: Rombongan HPA yang diketuai Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad dan isteri serta diiringi, Wakil HPA Cambodia, Ust Muhamad Sulamain, GM Ust Adnan Fadzil, AGM Mohd Hafiz Ismail, PJS Azizan Ahmad, PJS Mohammad Aseri Hanafiah serta ahli HPA Cambodia, telah mengadakan kunjungan Hormat bersama Duta Malaysia Ke Kemboja, YB Datuk Pengiran Hj. Mohd Hussein Bin Datuk Pengiran Hj. Mohd Tahir Nasruddin di Pejabat Kedutaan.

Monday, October 11, 2010

PROGRAM DI HPAic OKTOBER 2010

13 OKTOBER 2010
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA JELLY GAMAT OLEH DR.ZAITON
9.00 MLM – 11.00 MLM

19 OKTOBER 2010
KURSUS : SATU AZAM SATU PERJUANGAN OLEH PJS HAFIDZAN FAUZI
10.00 PG – 12.00 TGHR

20 OKTOBER 2010
KULIAH KESEDARAN HALAL : PERANAN & REALITI MASA KINI
OLEH : USTAZ MOHD AMRI BIN ABDULLAH (JAKIM)
9.00 MLM – 11.30 MLM

23 OKTOBER 2010
KULIAH PERUBATAN JAWI OLEH TN.HAJI ISMAIL BIN AHMAD
9.00 MLM – 11.00 MLM

24 OKTOBER 2010
HARI PERAWATAN OLEH THJ ISMAIL AHMAD
9.00 PG – 12.00 TGHR

27 OKTOBER 2010
MESYUARAT ALK KOPERASI (KOWAHIDA)
9.00 PG – 5.00 PTG

28 OKTOBER 2010
BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA HPA
OLEH : GM AWM EN.MOHD FAISOL ABDUL RAHMAN
9.00 MLM – 11.00 MLM

30 OKTOBER 2010
ALUMNI HERBALIS HPA
9.00 PG – 5.00 PTG

TEMPAT : HPA INTERNATIONAL CENTRE ( HPAic )

LOT 1065 & 1066 PHASE 16, LAMAN SERI BUSINESS PARK 7,
PERSIARAN SUKAN, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM

MEGA PBC KPS

Salam Usahawan,
Kepada semua PJS, Pelapis PJS dan pengedar HPA
MEGA PBC anjuran KPS akan diadakan pada bulan November 2010.
TARIKH : 6 - 7 NOVEMBER 2010
TEMPAT : HOTEL SRI MALAYSIA AIR KEROH MELAKA
BAYARAN : RM 160
PENCERAMAH : TUAN HJ. ISMAIL B. AHMAD - PENGARAH URUSAN
EN. MOHD FAISOL B. ABD. RAHMAN - PENGURUS BESAR
USTAZ ZULKANAIN - AHLI PANEL SYARIAH
PENAMPILAN
ISTIMEWA : KUMPULAN RAIHAN
Syarat penyertaan:
1. Lelaki dan Wanita berumur 18 tahun ke atas
2. Berpakaian kemas
Lelaki - Baju berkolar/seluar slack dan bersepatu
Wanita - Berpakaian sopan dan menutup aurat
3. Kelengkapan solat
4.Sentiasa menjaga etika
5. Dilarang membawa anak kecil
Penyertaan adalah terhad kepada 150 orang peserta sahaja. Rebutlah peluang keemasan ini. Sila sahkan kehadiran anda kepada setiausaha KPS PJS Alimah bt. Sam - 017-6915967

Friday, October 8, 2010

Makluman KPJ

Tarikh Konvek Nasional

Info dari GM Alwahida Marketing Sdn Bhd.

Salam pada seluruh warga HPA seluruh Nusantara.
Berikut adalah info awal mengenai Milad Indonesia dan Konvek Nasional di Malaysia.

1. Milad Indonesia: Tanggal:16hb Jan 2011
Jam 0800 hingga 1600 waktu Indonesia Barat
Lokasi: Spot Mall, Kelapa Gading, Jakarta

2. Konvek Nasional: Tanggal: 5hb Feb 2011
Jam 0800 hingga 1600 waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Sehubungan dengan itu tuan dan puan adalah di minta untuk membuat persiapan awal bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Sekian. Wasallam.

Monday, October 4, 2010

Perubatan Jawi KHAS

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kasih sayang dan limpahan kurniaNya HPA telah berjaya mengumpulkan 100 org berkumpul sejak dari pagi hingga ke tengah malam.

Perubatan Jawi KHAS ini diperisikan dengan slot HIJAMAH yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Institut Teknologi HPA Indonesia, Dr. Zaidul Akhbar.. Seterusnya Slot PEMBETULAN TULANG BELAKANG yang disampaikan oleh Ir. Dr Tata Saputra juga dari Institut Teknologi HPA Indonesia dan pada sebelah petangnya diisi dengan praktikal PTB yang sangat mudah untuk difahami dengan membawakan model/penderita sebenar. Syukur, selepas beberapa gerakan yang mudah dan ekstrem derita yang ditanggung bertahun lamanya terlerai.. Kelegaan terpancar diwajahnya selepas diPTB.

Pada sebelah malamnya lebih menarik lagi dengan majlis dimulai dengan sentuhan Motivasi yang disampaikan oleh PJM Rosmandi Ishak yang bertindak sebagai MC pada majlis ini. Majlis dimulakan dengan penampilan Kumpulan Raihan dengan membawakan 2 buah nasyid. Slot INDAHNYA KEBERSAMAAN BERSAMA HPA adalah slot yang sangat memberikan motivasi dan semangat baru khasnya kepada semua yang hadir pada malam ini.. Ust. Fadlan dari IRIAN JAYA ( Nuu Waar ) menceritakan sejarah beliau berdakwah di sana sehinggalah pertemuan beliau dengan Tn. Hj. Ismail ( PU1 HPA ) sehingga terbinanya ukhwah di antara penduduk IRIAN JAYA dan HPA kerana hasil dari pertemuan itu, Tn Hj Ismail atas nama HPA telah menginfakkan sebuah kapal, 12 buah kubah Masjid, 1juta Naskah Al-Quran dan mengkhitankan 7500 org disana.. Majlis penuh emosi ini berlanjutan sehingga ke 11.30mlm.

Akhir kalam.. HPAic bakal memberikan satu titik baru dalam perjuangan kita memartabatkan produk Halal dan Tibbun Nabawi.. Semoga usaha kecil kita ini dihitung Allah sebagai satu ibadat..

Sunday, September 19, 2010

MEMO

Dari Blog GM AWM

Program Qurban Masyarakat Campa Cambodia

Salam seluruh warga HPA
HPA Cambodia akan sedang berusaha untuk membantu Masyarakat Muslim Cambodia(Campa) dalam program Qurban. Sesungguhnya Masyarakat Muslim Cambodia hidup dalam serba kekurangan dan amat begitu daif. Sehubungan dengan itu demi sesuap daging yang di makan setahun sekali, marilah tahun ini kita menyalurkan ibadat Qurban kita kepada masyarakat tersebut. Setiap tahun daging Qurban di negara kita melimpah ruah dan berputar dikalangan kita, sedangkan ibadah Qurban bertujuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin bersama HPA CAMBODIA dalam ibadah Qurban ini boleh menyalurkan kepada HPA Malaysia dengan menghubungi saudara Khidir Osman(staff AWM) di talian 0194582205. Harga setompok RM 200(termasuk kos pengurusan sembelihan dan sebagainya). Pembayaran boleh di lakukan dengan bayaran melalui akaun bank Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan Fax slip bank ke Pejabat AWM. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Khidir.
Insyallah kita bercadang untuk menyumbang sebanyak mungkin pada tahun ini.

Friday, September 17, 2010

HEBAHAN

Kepada semua PJS dan HERBALIS KPS.

Diminta sahkan kehadiran untuk Program Pemantapan Herbalis KPS pada 17hb Oktober 2010 ini kepada Setiausaha U-Herbs KPS, PJS Rahim Muttawwil ( 019 7267015 )

Dimohon PJS juga turut serta dalam program ini demi untuk pemantapan ilmu sedia ada.
Yuran dikenakan sebanyak RM30.00 dan bertempat di Melaka Halal Hub.
Pendaftaran bermula jam 8.30pagi. Program dijangka sehingga pukul 5.oopetang

Saksikan HPA di Astro AWANI

Siaran Bisnes Awani Plus Jadual ke udara:

Sabtu – 18hb Sept 2010 : 6.31 Petang
Ahad – 19hb Sept 2010 : 3.31 Pagi dan 11.31 Pagi
Isnin – 20hb Sept 2010 : 12.00 Malam dan 6.31 Pagi

PIC KHAS SYAWAL

PIC KHAS Syawal sudahpun penuh. Penyertaan di tutup. Tunggu PIC Khas akan datang…

PIC khas 27 /9 dan 28/9 sudah ditutup untuk penyertaan. Bagi mereka yang beminat bolehlah mohon untuk program ke 3 nanti. Banyak perkara baru yang perlu kita pelajari dalam masa kita berniaga produk produk halal ini.

Nantikan pengumuman tarikh PIC KHAS seterusnya.....Tungguuuuu

Thursday, September 16, 2010

Temuduga Terbuka untuk kekosongan di HPAic


Sesi Temuduga terbuka (pelbagai jawatan) bagi pengambilan staf HPAic, Sekyen 13 Shah Alam akan diadakan

di HPA CWGN SHAH ALAM, NO 2-14-01, JLN LAZUARDI 7/29, SECTION 7, SHAH ALAM

pada jumaat 17 Sept 2010, jam 2:30 ptg.

Bagi mereka yg berminat, Sila bawa resume & salinan sijil berkenaan.

Tuesday, September 14, 2010

Program Penghayatan PJS KPS

Program Penghayatan HPA untuk PJS KPS pada 23 Sept 2010 (Khamis) di Dewan Mutiara Hikmah, Bandar Laguna Merbuk (berdekatan RFC Laguna) Sg Petani, Kedah.

Monday, September 6, 2010

Kursus Pra Herbalis U-Herbs KPS

Hebahan KPJ September

Ucapan Aidil Fitri Daripada Pengarah Urusan

PETIKAN FB PU @perubatan jawi

4 SEP 2010: Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari kami seluruh warga kerja HPA kepada sekelian mereka yang telah mendokong HPA dan bersama-sama memperjuangkan produk halal di mana sahaja kalian berada.”teruskan perjuangan tanpa mengenal lelah sehingga tidak ada lagi produk haram di rumah orang Islam”.amin

2.HPA menyiapkan stok ayam organik radix yang mencukupi untuk seluruh ahli ahlinya menyambut lebaran dengan ayam organik yang halal. Pastikan pada tahun ini juadah hari raya dari pelbagai produk HPA dan jangan segan silu memperkenalkan jenama kita pada sanak saudara yang berkunjung ke rumah.

3.Kelemahan sistem imuniti menyebabkan virus dan bakteria tidak dapat dihapuskan dari dalam tubuh.Luka menjadi sukar sembuh dan demam yang berterusan.Kami telah menjumpai sejenis pohon yang berfungsi bagi tujuan peningkatan sistem imuniti dan yang telah kami cuba pada pesakit hiv yang terjadi bisol dan menanah di kawasan kulit telah berjaya disembuhkan dengan segera .

Kursus Perkongsian Ilmu Cemerlang


BAYARAN : RM 170.00
TARIKH : 27 & 28 SEPTEMBER 2010 (ISNIN & SELASA)
TEMPAT : DEWAN UMAR MUKHTAR SUNGAI PETANI KEDAH
(ATAS RFC LAGENDA HEIGHTS)

View Larger Map

Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam)
No. Akaun : 090 100 100 02734
Nama : Ismail Bin Ahmad

Hantarkan bukti (maklumat/salinan) bayaran ke
Fax: 04-4419254
Email: latihanppu@gmail.com

Pelancaran HPAic


Salam seluruh warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.

Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut

Tarikh: 2hb Oct 2010

Jam: 0800 - 1130

Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS

1430 - 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat

Semua Pengurusan, PJS dan Pemimpin berpakaiana blazer.


Sehubungan dengan ini di minta semua KPA/KPU/KPT/KPS/KPB sila uruskan segera dan maklumkan anggaran jumlah kehadiran kepada AWM selewat-lewatnya 15hb sept 2010.

Thursday, September 2, 2010

Pada 28 dan 29 Ogos , Pejabat Operasi Zon Selatan telah bekerjasama dengan komuniti KPS menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Insan Terpilih di Kluang dan Nilai. Program bertujuan meraikan insan-insan terpilih khasnya anak yatim di bulan Ramadhan dimulakan dengan ceramah/tazkirah, majlis berbuka puasa, dan penyampaian sumbangan seterusnya solat terawikh berjemaah telah mendapat sambutan baik dari semua pihak terlibat. Terima kasih.


Wednesday, August 18, 2010

Majlis Iftar Komuniti HPA Johor Baharu

Alhamdulillah,

Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Komuniti HPA Johor Bahru dan Cawangan HPA Johor Bahru telah diadakan pada 17 Ogos di Dewan Cawangan HPA Johor Bahru. Sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli HPA telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Antara pengisiannya adalah Tadarus Al Quran, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh Berjemaah, Tazkirah Ramadhan.

Turut hadir ialah PJS Rahmat (Timb. Presiden KPS) dan PJ Khalid (Presiden Pelapis PJS KPS). Sekalung penghargaan diucapkan kepada Komuniti dan Cawangan HPA Johor Bahru kerana berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan sebaiknya.

Saturday, August 14, 2010

Majlis Iftar KPS di Melaka Halal Hub Serkam

Pada 13hb Ogos yang lalu KPS telah mengadakan majlis berbuka puasa di Melaka Halal Hub, terima kasih kepada HPA yang telah menaja juadah berbuka.Majlis dihadiri oleh Saf kepimpinan KPS, para PJS dan Pelapis PJS KPS berserta keluarga. AGM serta staff HPA juga hadir. Majlis kemudian diisi dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah yang dipimpin oleh PJS Rosli. Kemudian sebelum solat isyak majlis diisi dengan tazkirah pendek daripada Timbalan Presiden 1 KPS PJS Rahmad Daim. Solat terawih pula dipimpin oleh Pelapis PJS Ust Rozi. Majlis selesai sekitar 10 malam.