Sunday, October 31, 2010

Pendaftaran Mega PBC KPS Ditutup

Assalammualaikum WBT.

Perhatian

Kepada AJK KPS, PJS-PJS, Pelapis PJS dan Pemimpin Kumpulan.

Tuan/Puan

Pendaftaran Mega PBC KPS Telah Ditutup

Perkara di atas adalah dirujuk.

Memandangkan pemohonan penyertaan melebihi kapasiti program, maka pihak Kelab telah menetapkan jumlah peserta hanya dibuka kepada 150 orang yang telah mendaftar dan membayar deposit.

Maka tuan/puan disarankan supaya menbayar deposit awal selewat-lewatnya pada 3hb November kepada Pemimpin tuan/puan.

Peserta 'walk-in' adalah ditegaskan tidak diterima. Ucapan MAAF adalah didahulukan.

Kerjasama pihak tuan/puan bagi memaklumkan kepada jaringan dan rangkaian supaya tidak membawa anak-anak kecik adalah sangat diperlukan dan diharapkan.

Sila berhubung dengan Setiausaha KPS untuk makluman dan maklumat.
PJS Alimah Sam 017-6915967

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment