Monday, January 10, 2011

Konvek dan Milad

Akbar Harian Metro cetak 10hb Jan 2011. Ruangan Bisnes.


DUA program mega awal tahun ini bakal menjadi peledak kepada penguasaan perniagaan syarikat pelbagai peringkat (MLM) berasaskan syariah, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) di Malaysia dan Indonesia.

Program menghargai pengedar, Milad Indonesia pada 16 Januari ini di Sport Mall, Kelapa Gading, Jakarta dan Konvek Malaysia di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 Februari depan bakal menjadi pembakar semangat kepada hampir satu juta ahli HPA di kedua-dua negara itu menggempur produk syarikat berkenaan.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, Konvek dan Milad adalah program tahunan syarikat berkenaan yang terkenal dengan produk jenama Radix untuk menghargai pengedar mereka.

Menurutnya, pada majlis itu, pelbagai insentif diberikan kepada pengedar cemerlang dan melepasi sasaran syarikat, sekali gus menerima ganjaran dijanjikan.

“Program ini bagi menghargai sumbangan mereka terhadap pencapaian syarikat pada tahun lalu. “Ini kali kedua PICC dipilih sebagai lokasi di Malaysia selepas 2007 manakala pada 2009, Konvek diadakan di MAEPS, Serdang,” katanya. Antara insentif sebelum ini adalah ganjaran wang tunai, kereta, pakej haji dan umrah selain pakej pelancongan dalam dan luar negara hingga ke Sepanyol dan Australia.

Bagi program Konvek dan Milad kali ini, ganjaran diberikan dijangka menarik berdasarkan perkembangan HPA kebelakangan ini.Mengenai operasi di Indonesia, beliau berkata, HPA kini semakin berkembang pesat di negara jiran itu dengan pembukaan lebih banyak cawangan selain penghantaran produk yang sebelum ini tidak ada di republik berkenaan.

Katanya, terbaru, enam jenis herba berbentuk softgel dihantar ke Indonesia. “Penerimaan masyarakat Indonesia terhadap Kopi Radix juga luar biasa,” katanya.

Selain Kopi Radix, HPA terkenal dengan produk herba selain restoran makanan segera berasaskan makanan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Pizza House, Radix Bakery House dan Radix Oriental Cuisine.

No comments:

Post a Comment