Friday, July 1, 2011

Kelayakan Baru PJS

Pengarah Urusan Tn Hj Ismail mengumumkan PJS bukan lagi berpandu angka bonus. Tapi atas keaktifan mengisi program. Mulai sekarang semua Pelapis PJS (Pengedar berpangkat PJ keatas yang mempunyai bonus RM1,000 keatas) boleh memohon sebagai PJS melalui Kelab Zon masing-masing. Mereka yang memohon akan ditemuduga oleh Panel Syariah, GM AWM dan GM MIS.

Ini kenyataan dari blog GM AWM yang baru di posting:

1. Mulai sekarang syarat utama permohonanan PJS adalah minimum bonus RM 1000 dan aktif serta komited dalam semua program utama ESP, Bengkel ESP, KPJ ESP, Anugerah ESP dan semua program berkaitan dengan ESP. Borang permohonan PJS sila dapatkan di zon masing-masing melalui jabatan latihan Zon.

2. Untuk permohonan menyambung status PJS yang sedia ada, pihak Latihan Zon di kehendaki membuat lapuran penilaian melalui Borang yang akan disediakan oleh pihak AWM (En Kamal). Syarat utama menyambung kontrak PJS juga tertakluk kepada keatifan dan komitmen PJS sedia ada terhadap program program yang berkaitan dengan ESP.

3. Setiap kontrak penyambungan PJS hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Selain dari komitmen dan keaktifan dalam program berkaitan ESP, syarat kelayakan juga bergantung kepada displin, tidak melibatkan diri dalam MLM lain samada secra langsung atau sebaliknya, karakter kepimpinan tanpa mengira jaringan, keaktifan program mingguan, cawangan samada dianjurkan oleh syarikat dan kelab.

4. Semua PJS dan bakal PJS di wajibkan memastikan membawa minima 6 downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150NM untuk kenaikan PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.

5. Kelayakan dan Keaktifan sebagai Mentor dalam program ESP, adalah suatu advantage/kelebihan dalam proses penilaian dalam perlantikan PJS.

5. Anggota Panel yang terlibat didalam penyambungan status PJS adalah terdiri seperti berikut;
a) Pengarah Urusan 1 HPA
b) Pengarah Urusan 2 HPA
c) Pengurus Besar AWM
d) Pengurus Besar MIS
e) Panel Syariah Ust Adnan bin Fadzil
f) Panel Syariah Ust Zolkarnain Abidin.

Tuesday, June 7, 2011

Dr Blog Inilah Jalan Kami - PU HPA

kilang baru kopi radix.

Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.

Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali.

Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.

Dr Blog GM

Info Lanjutan PBC (Semenanjung Malaysia )

Salam
Berhubung dengan pandangan beberapa PJS mengenai pertimbangan PBC di lanjutkan hingga bulan Jun 2011, diatas alasan penginapan program yang sudah di tempah dan di bayar deposit serta wujud tindakan pengumpulan NM pengedar, maka HPA bersetuju untuk melanjutkan PBC hingga akhir Jun 2011. Namun demikian penganjur PBC di wajibkan mendapat kelulusan dari Presiden Kelab (KPA,KPU, KPT dan KPS) terlebih dulu supaya tidak ujud pertindihan program dengan ESP.
Sehubungan dengan itu, sila selesaikan masaalah pengumpulan NM. tempahan hotel dan apa apa yang berkaitan dengan PBC pada bulan Jun ini dan selepas ini PBC akan di mansuhkan dan di gantikan dengan ESP.

Sekian. Mohon perhatian.
Wasallam

INFO TERBARU MENGENAI PBC & ESP - GM AWM


Salam pada seluruh warga HPA Malaysia

Berikut adalah keputusan hasil mesyuarat antara Pengarah Urusan, GM, AGM Zon dan Pres Kelab KPA, KPT, KPU dan KPS.

1. Semua program PBC di hentikan bagi memberikan fokus kepada Real Business ESP. Namun demikian PBC di benarkan buat masa ini di wilayah Borneo kerana ESP belum dilaksanakan.

2. Semua peserta ESP yang ingin mencapai status PLX 20% ESP dikehendaki melakukan maintain 150 PV keatas mana mana produk di Pasar ESP. Kepada peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain pada hari ESP di pasar ESP, di bolehkan untuk melakukan maintain di mana mana cawangan HPA dalam tempoh 3 hari selepas ESP.(hanya di cawangan HPA sahaja).

3. Bagi peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain dalam tempoh seperti yang di sebut atas, peserta ESP masih lagi boleh melakukan maintain di mana mana BENGKEL ESP.

4. Semua peserta ESP adalah di sarankan supaya meneruskan program Bengkel dimana anda akan di perkenalkan dan di bimbing oleh para Mentor bagi tujuan pencapaian sukses selama 3 tahun.

Monday, May 23, 2011

ESP PERSADA, Johor Baharu 4 Jun 2011...

ESP PERSADA, Johor Baharu 4 Jun 2011...

Dengan mengikuti program ESP, 30 bengkel akan ditawarkan kepada semua peserta yang akan berjalan dalam tempoh 3 tahun. Ahli HPA yang telah menjadi peserta program ESP akan diberi 5 bengkel percuma.

Bengkel pertama yang bertajuk Bengkel Keusahawanan MLM Syariah akan diadakan seperti dalam jadual di bawah..

Kepada ahli HPA yang membawa Sijil ESP mereka berhak mendapat yuran PERCUMA malah jika peserta belum berpangkat semasa menghadiri ESP dulu tak sempat membuat belian 150NM semasa program ESP boleh berbuat demikian semasa menghadiri Bengkel percuma ini.

Kepada mereka yang belum menghadiri program ESP boleh juga menghadiri program bengkel ini tetapi dikenakan bayaran RM50.00 sahaja.

Adalah dimaklumkan bahawa Maintain 150 NM di Bengkel ESP hanya dibenarkan untuk PESERTA ESP yang telah menyertai Program ESP sahaja (bagi yang belum maintain), manakala bagi peserta baru perlulah menyertai Program ESP terlebih dahulu bagi membolehkan untuk maintain 150NM.

Program ESP yang terdekat akan diadakan di HPAIC pada hari Sabtu 11 JUN 2011. Ringkasan perjalanan program ESP:
1. Anda hadir ke program ESP
2. Maintain 150 NM pada hari program ESP jika anda belum berpangkat.
3. Sertai 5 bengkel ESP percuma
4. Optional: Sertai mana-mana 21 daripada 30 bengkel ESP di bawah untuk melayakkan anda mendapat Sijil Herbalis :

30 Bengkel yang ditawarkan kepada peserta ESP
1. Herba Alami
2. Perniagaan Jawi Water Filter
3. Kecantikan Islam
4. Sinergi Herba Pilihan
5. Perawatan Sakit Tuan
6. Perawatan Sakit Puan
7. Perawatan Gamat & Klorofil Drops
8. Kaunseling Islam
9. Al-Hijamah.
10. Tunas Hijau
11. Pemakanan sihat.
12. Refleksologi
13. Madu Lebah.
14. Kiropraktik.
15. Keusahawanan Herbalis
16. Keusahawanan MLMS
17. Iridologi
18. Diagnosis Tapak Tangan
19. Diagnosis Lidah dan Bahasa Tubuh.
20. Halal Haram
21. Perubatan Jawi
22. Anatomi dan Fisiologi
23. Program Khidmat Masyarakat
24. Bengkel Public Speaking
25. Bengkel Penggunaan Alatan Test Kesihatan
26. Bengkel 6M
27. Bengkel Sanad Hadis Perubatan
28. Bengkel Kejurujualan
29. Bengkel Perubatan secara Rukyah
30. Bengkel Kepimpinan MLMS.