Monday, May 23, 2011

ESP PERSADA, Johor Baharu 4 Jun 2011...

ESP PERSADA, Johor Baharu 4 Jun 2011...

Dengan mengikuti program ESP, 30 bengkel akan ditawarkan kepada semua peserta yang akan berjalan dalam tempoh 3 tahun. Ahli HPA yang telah menjadi peserta program ESP akan diberi 5 bengkel percuma.

Bengkel pertama yang bertajuk Bengkel Keusahawanan MLM Syariah akan diadakan seperti dalam jadual di bawah..

Kepada ahli HPA yang membawa Sijil ESP mereka berhak mendapat yuran PERCUMA malah jika peserta belum berpangkat semasa menghadiri ESP dulu tak sempat membuat belian 150NM semasa program ESP boleh berbuat demikian semasa menghadiri Bengkel percuma ini.

Kepada mereka yang belum menghadiri program ESP boleh juga menghadiri program bengkel ini tetapi dikenakan bayaran RM50.00 sahaja.

Adalah dimaklumkan bahawa Maintain 150 NM di Bengkel ESP hanya dibenarkan untuk PESERTA ESP yang telah menyertai Program ESP sahaja (bagi yang belum maintain), manakala bagi peserta baru perlulah menyertai Program ESP terlebih dahulu bagi membolehkan untuk maintain 150NM.

Program ESP yang terdekat akan diadakan di HPAIC pada hari Sabtu 11 JUN 2011. Ringkasan perjalanan program ESP:
1. Anda hadir ke program ESP
2. Maintain 150 NM pada hari program ESP jika anda belum berpangkat.
3. Sertai 5 bengkel ESP percuma
4. Optional: Sertai mana-mana 21 daripada 30 bengkel ESP di bawah untuk melayakkan anda mendapat Sijil Herbalis :

30 Bengkel yang ditawarkan kepada peserta ESP
1. Herba Alami
2. Perniagaan Jawi Water Filter
3. Kecantikan Islam
4. Sinergi Herba Pilihan
5. Perawatan Sakit Tuan
6. Perawatan Sakit Puan
7. Perawatan Gamat & Klorofil Drops
8. Kaunseling Islam
9. Al-Hijamah.
10. Tunas Hijau
11. Pemakanan sihat.
12. Refleksologi
13. Madu Lebah.
14. Kiropraktik.
15. Keusahawanan Herbalis
16. Keusahawanan MLMS
17. Iridologi
18. Diagnosis Tapak Tangan
19. Diagnosis Lidah dan Bahasa Tubuh.
20. Halal Haram
21. Perubatan Jawi
22. Anatomi dan Fisiologi
23. Program Khidmat Masyarakat
24. Bengkel Public Speaking
25. Bengkel Penggunaan Alatan Test Kesihatan
26. Bengkel 6M
27. Bengkel Sanad Hadis Perubatan
28. Bengkel Kejurujualan
29. Bengkel Perubatan secara Rukyah
30. Bengkel Kepimpinan MLMS.

Thursday, May 19, 2011

Kps Selatan

Kps Selatan

Meeting KPS

Meeting KPS: "- Sent using Google Toolbar"

ESP dan Bengkel ESP

Program ESP dan Bengkel ESP Zon Selatan
by Kps Selatan on Thursday, May 19, 2011 at 11:31pm

ESP akan diadakan di Dewan PERSADA, Johor Baharu pada 4hb Jun 2011.Program bermula tetap jam 9.00pg.

Sila dapatkan tiket-tiket anda di Cawangan terdekat. Hanya RM100.00 sahaja.



Berikut adalah senarai lokasi bengkel ESP ( Bengkel Keusahawanan.

Bengkel bermula dr 9.00pg hingga 5.00ptg.

1. 12 Jun 2011 - Halal Mart Ayer Keroh, Melaka.
2. 19 Jun 2011 - Cawangan HPA Nilai, Negeri Sembilan.
3. 03 Jul 2011 - Cawangan Bandar Baru Uda, Johor

Bengkel terbuka kepada semua... Bagi mereka yang telah mengikuti ESP bengkel adalah PERCUMA.. Dan bagi mereka yang tidak mengikuti ESP bayaran dikenakan sebanyak RM50.00 sahaja..



Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada pemimpin, PJS tuan/puan mahupun cawangan terdekat.

Wednesday, February 16, 2011

Cara Paling Mudah Utk membakar lemak

Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?

Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....

Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan....

Jawapannya ialah...... Minum Banyak Air!!!

Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?

1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.

Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.

2)Air membantu mengelakkan kecederaan.

Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.

3) Air membantu penghadaman.

Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.

4) Air meningkatkan pembakaran lemak.

Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.

5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.

Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.

Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?

Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)

Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.

Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!

Tuesday, February 8, 2011

Dr Blog GM AWM..

Program Pemantapan PJS dan Pelapis pada 23&24hb Feb 2011

Perhatian seluruh PJS dan Pelapis Malaysia
Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk seperti berikut;

1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.
2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.
3. Peralatan wajib di bawa;
- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)
- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)
- pakaian solat termasuk sejadah
- selipar
- alatan menulis termasuk buku nota, marker pen, pen, pensil dan yang difikirkan perlu
- Al quran dan Wirid Matsurat
- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.
4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.
Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dari waktu ke waktu.
Sekian. Wasallam

Monday, February 7, 2011

7 PENERIMA ANUGERAH USAHAWAN HERBALIS DI MAJLIS KONVOKESYEN SIJIL HERBALIS KE 19







Tahniah kepada penerima Anugerah Usahawan Herbalis iaitu PJS Cikgu Murad ( KPA ), PJS Ramly Ahmad ( KPA ), PJS Norhaida (Fatin)( KPA ), PJS Sharifah Sulaiman( KPU ), PJS Evi Soraya( KPS ), PJS Azizan( KPU ) dan PJS Zawiyah( KPT ).